Wednesday, April 30, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Keahlian Kelab Penyokong

Majlis penyampaian sijil keahlian kelab penyokong Pas kawasan Bukit Gantang akan di adakan pada 9-5-2008 Hari Jumaat Jam 8.00 malam. Cadangan awal tempat perhimpunan adalah di Markaz tarbiyyah Negeri Perak Air Kuning. Majlis ini akan dihadiri oleh YDP Pas Kawasan Ust. Nordin Jaafar dan AJK-AJK Pas kawasan.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional En. Mohd Idris Hj. Zakaria memberitahu, pada malam tersebut juga akan diumumkan secara rasmi Pengerusi dan semua AJK kelab yang dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja Kelab. Watikah perlantikan akan diserahkan oleh YDP Pas Kawasan kepada semua AJK terbabit, yang akan memegang jawatan sehingga penghujung bulan April 2009.

Selepas ini semua jawatan KPP akan ditentukan sendiri oleh ahli-ahli kelab dengan perlantikan melalui mesyuarat agung kelab, yang akan diadakan mengikut masa mesyuarat agung cawangan-cawangan Pas kawasan Bukit Gantang. Setakat ini keahlian KPP telah mencecah 240 orang dan masih ada lagi borang-borang yang masih belum dikembalikan. Mengikut jangkaan Pengerusi LPN, bahawa keahlian KPP Bukit Gantang akan mencapai sasaran 300 orang sebelum penghujung 2008.

No comments: