Sunday, June 15, 2008

Bukan Islam boleh sertai PAS selepas Perlembagaan parti dipinda

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Cadangan orang bukan Islam menjadi ahli PAS mungkin akan menjadi kenyataan, kata AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa. -
Katanya, walaupun belum ada keputusan rasmi tetapi secara inisiatif sudah ada perbincangan meluaskan skop ahli Kelab Penyokong PAS untuk menjadi ahli PAS.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional berkata, kelab tersebut menunjukkan perkembangan positif dan pemimpin PAS melihatnya sebagai satu keperluan strategik bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam struktur parti.
"Maknanya mereka boleh menyertai PAS cuma memerlu sedikit pindaan di peringkat perlembagaan iaitu bab keahlian yang mensyaratkan seorang ahli yang menyertai PAS mesti beragama Islam.
"Mungkin perlu 'adjust' di situ untuk membuka ruang ini dan pada masa yang sama Kelab Penyokong PAS akan dipertingkatkan," katanya dalam satu sidang media selepas merasmi mesyuarat Agung Tahunan ke 23 PAS Kawasan Titiwangsa, di Markas PAS, Darul Ummah, Desa Pandan, dekat sini semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, sekarang perkara tersebut antara cadangan serius dibincangkan untuk menjadikan kelab itu sebagai sayap parti.
Katanya, ia penting untuk dijadikan sayap parti dalam usaha untuk membuka medan baru supaya PAS boleh diterima dan dilihat identitinya sebagai parti pelbagai bangsa.
"Bukan hanya melalui kelab tetapi sebagai keahlian itu sendiri sudah menunjukkan PAS parti berbilang bangsa," katanya.
Menurutnya, perkara tersebut dijangka akan dibincangkan dalam Muktamar Agung PAS pada bulan Ogos nanti.
Tambahan pula katanya, perkembangan mesyuarat-mesyuarat kawasan sudah ada usul-usul menjirus ke arah itu.
Kemungkinan besar katanya, Kelap Penyokong PAS akan dijadikan sebagai sayap parti sama seperti Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.
Katanya, sayap tersebut akan mempunyai strukturnya tersendiri.
Katanya, sekarang ini kelab itu berada di bawah Lajnahnya yang mana iaadalah sebahagian kecil di antara berpuluh lajnah yang ada dalam PAS.
Sebaliknya jika ia dijadikan sebagai sayap parti beliau berkata, ia menjadi sebahagian dari struktur parti
"Bagi saya ini satu penghargaan kepada bukan Melayu dan bukan Islam untuk duduk dalam sebuah parti Islam sebagai tempat dalam struktur parti," katanya
Selain itu katanya, sayap tersebut akan ada ruang yang lebih efektif untuk meneroka medan politik baru PAS iaitu medan pengundi bukan Melayu yang merupakan pengundi baru bagi PAS.
Satu lagi katanya, penerimaan orang bukan Islam sebagai ahli PAS dapat membuktikan kepada parti lain bahawa PAS lebih serius menghampiri dirinya kepada kelompok berbilang kaum.
Namun katanya, cadangan tersebut mesti mendapat persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk melihat perkara tersebut perlu atau tidak dan juga perlu dulu diusul dalam muktamar ini.
Sementara itu Pengerusi Kelab penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, cadangan tersebut menapati masanya selaras fenomena politik negara sekarang.
"Perjuagan PAS sudah terbukti dengan pemerintahannya di Kelantan ia adalah untuk Melayu, Cina dan India dan ia seperti adik beradik.
"Sebab itu saya sanggup memikul jawatan pengerusi kelab ini," katanya.
Beliau berkata orang Melayu juga harus sedar bahawa Islam bukan untuk orang Melayu dan orang Cina dan India pula kena ingat Islam itu membawa mesej yang jelas iaitu keadilan untuk semua.
Dalam pada itu PAS kawasan Titiwangsa mencatat satu sejarah apabila Mesyuarat Agungnya dirasmi sekali dengan Pelancaran Kelab penyokong PAS.
Majlis tersebut turut dihadiri kira-kira 100 orang Cina dan India.
Mereka juga turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kelab dan acara penyampaian watikah pelantikan kepada Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS 2008/2009 dan penyerahan kad-kad keahlian kepada ahli turut diserahkan oleh Mujahid.
Sementara itu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang turut berucap di majlis tersebut berkata, PAS kawasan menempa sejarah apabila mesyuarat agungnya dirasmikan sekali dengan majlis pelancaran Kelab penyokong PAS Parlimen Titiwangsa.
Malah katanya, pertama kalinya Mesyuarat Agungnya disertai oleh orang-orang Cina dan India. -

sumber:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15156&Itemid=1

baspas:

Tuesday, June 10, 2008

KETUA KAMPUNG PENEMPATAN PENDUDUK CINA/INDIA

Pokok Assam 11/06/08.jam10.30 pg

Satu Penyataan Akhbar telah dikeluarkan oleh YB Roslan Shaharum pagi tadi berkenaan perlunya Ketua Kampung dari kalangan org-org Tianguha untk kaw-kaw majoriti penduduk cina.


YB ROSLAN bersama2 pemberita akhbar.

Penyataan Penuh Beliau:
Saya Hj. Roslan b. Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang amat bersetuju dengan saranan daripada penduduk-penduduk Parlimen Bukit Gantang kaum Tioghua yang berhasrat untuk mendapatkan seorang Ketua Kampung daripada kaum Tionghua di petempatan penduduk Cina yang padat seperti Kuala Sapetang dan Kg. Telok Kertang. Saya berjanji akan memperjuangkan hasrat ini kerana pelantikan Ketua Kampung daripada kaum Tionghua yang mewakili masyarakat Tionghua kerana banyak memberi manfaat iaitu :1. Membolehkan segala nikmat pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dapat disalurkan kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa mengira perbezaan kaum.2. Memudahkan hubungan antara pihak pentadbiran kerajaan terutama kerajaan negeri dengan penduduk kaum Tionghua.3. Sebagai ejen tempat masyarakat setempat menyampaikan aduan dan mendapatkan perkhidmatan.4. Memudahkan komunikasi kerana selama ini banyak kekeliruan dan prasangka berlaku akibat daripada salah faham disebabkan masalah komunikasi.5. Memenuhi janji Pakatan Rakyat yang akan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat tanpa ada unsur diskriminasi disebabkan perbezaan kaum.

Saya juga berasa amat yakin dan percaya dengan corak pemerintahan yang ditunjukkan oleh YAB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin akan merealisasikan hasrat ini kerana tidak ada sebarang kekurangan atau kerugian yang akan diperoleh dengan pelantikan Ketua Kampung Kaum Tionghua bagi mewakili kelompok kaum Tionghua. Perkara ini bukan suatu yang baru kerana Kerajaan Pimpinan YAB Tuan Guru Dato’Hj Nik Abul Aziz Nik Mat telah lama melaksanakan program ini.

Kuala sepetang mempunyai +-10,000ribu penduduk cina hampir 95% dari jumlah penduduk dan telok kertang +-4000 85% dari jumlah penduduk kata beliau respon pada soalan yg diajukan pemberita..
Kita turut cadangkan utk kaw2 yg majoriti penduduk India seperti diTrong dsb kata beliau bila ditanya bagaimana dgn kaw majoriti India..






YB bersama AJK skereteriat PAS dan DAP.




baspas:

Monday, June 9, 2008

Seminar Memperkasakan Kelab Penyokong PAS

07/06/08 Air Kuning.Markaz PAS Negeri.






YB Mohd Zainuddin bersama YB DR Mujahid



Seminar memperkasakan kelab penyokong diadakan disini jam3 ptg.YB Parit Buntar DR Mujahid dlm ucapan, beliau mencadangankan sudah sampainya ahli kelab diterima menjadi ahli PAS .Ini akan memudahkan bukan muslim menyertai PAS.Perkara tersebut telah pun dibincangkan dlm mensyuarat pimpinan PAS pusat dan syura,majoriti bersetuju dgn cadangan itu.Seterusnya beliau turut cadangakan agar mereka2 yg berkelayakan diberi peluang utk menjadi calon PRU dan jawatan-jawatan yg sesuai dgn kelayakan mereka.Turut hadir dlm majlis YB HJ Mohd Zainuddin merangkap Exco K`jaan Negeri Perak.








AJK Lujnah Perpaduan Nasional Pas Kaw-kaw

baspas:

Saturday, May 24, 2008

penubuhan Kelab Penyokong Pas Cina.

Trong 24/05/08.
Pejabat Penghulu (lama) Pekan Trong.

Pengerusi Penaja Sdr Wai Chee Seng sedang menyampaikan borang keahlian Kelab Kepada
YB Roslan Shaharum.
Sebanyak 48 borang keahlian kelab Penyokong Cina diserahkan oleh sdr Wai Chee Seng selaku Pengerusi Penaja Kelab kepada YB Roslan dalam satu majlis yg diadakan di Pejabat Penghulu (lama) disini ptg tadi.
Walaupun kurang fasih Berbahasa M`sia,dengan semangat yg tinggi, beliau menyatakan sokong yg padu , beliau dan rakan-rakan yakin dengan Pas,dan harap dapat Pas memberikan khidmat tanpa mengira kaum dan agama khasnya K`jaan negeri dibawah Pakatan Rakyat.
baspas:

Thursday, May 15, 2008

லிங்கம் அறிக்கை: வெளியிடுவது பிரதமரின் கடமை

லிங்கம் ஒளிநாடா மீதான அரச ஆணைய அறிக்கையைப் பிரதமர் அப்துல்லா அகமட் படாவி வெளியிட வேண்டும் எனச் சமூக உரிமை இயக்கமான அலிரான் வலியுறுத்தியுள்ளது.
இவ்விசயத்தில் அப்துல்லாவுக்கு விருப்புரிமை கிடையாது என்றும் அறிக்கையை வெளியிடுவது அவரது கடமை என்றும் அலிரான் தலைவர் பி. ராமகிருஷ்ணன் கூறினார்.
“அது தேசியம் சம்பந்தப்பட்ட ஒரு விவகாரம். அறிக்கையில் இடம்பெற்றுள்ள தகவல்களை நாட்டு மக்கள் அறிந்து கொள்வதா கூடாதா என்பதைத் தனிப்பட்ட ஒருவர் முடிவு செய்ய விட்டுவிடக் கூடாது”, என்றவர் கூறினார்.
அறிக்கையை வெளியிடுவது குறித்து அப்துல்லாவும் அவரது அமைச்சரவையும் வெள்ளிக்கிழமை வாராந்திரக் கூட்டத்தில் முடிவு செய்வர்.
முன்னதாக பிரதமர், அந்த அறிக்கையைப் படித்துப் பார்த்த பின்னர்தான் அதை வெளியிடுவது பற்றி முடிவு செய்யப்படும் என்று கூறியிருந்தார்.
1996-ல் முன்னாள் உயர்நீதிமன்ற நீதிபதி சைட் அகமட் ஐடிட் 33-பக்க கடிதத்தில் நீதித்துறை ஊழலை அம்பலப்படுத்த முனைந்த விவகாரத்தை ராமகிருஷ்ணன் சுட்டிக்காட்டினார்.
“அப்போது ‘அதில் சம்பந்தப்பட்டவர்களை எல்லாம் நீதிக்குமுன் நிறுத்தப்போவதாக’ முழக்கமிட்ட முன்னாள் சட்டத்துறை தலைவர் அந்த விவகாரத்தை அப்படியே மூடி மறைத்து விட்டார்”.
“12 நீதிபதிகளுக்கு எதிராக 112 குற்றச்சாட்டுகள் கூறப்பட்டிருந்ததாக சட்டத்துறை தலைவர் கூறினார். எல்லாமே மூடி மறைக்கப்பட்டது”, என்று ராமகிருஷ்ணன் தெரிவித்தார்.
அதேபோல் லிங்கம் ஒளிநாடா விவகாரமும் ஆகி விடக்கூடாது. எனவேதான் அரச ஆணைய அறிக்கையை வெளியிடுவது முக்கியமாகும் என்றாரவர்.
“அறிக்கையின் உள்ளடக்கம் அந்த ஒருவர் (அப்துல்லா) மட்டும் சம்பந்தப்பட்டதல்ல. எனவே அதை வெளியிடுவதா இல்லையா என்று முடிவு செய்யும் சலுகையோ உரிமையோ அவருக்குக் கிடையாது”, என்று ராமகிருஷ்ணன் கூறினார்.
sumber:http://www.malaysiaindru.com/?p=1429
baspas:

Sunday, May 11, 2008

UCAPAN YDP PAS KAW BKT GANTANG


11/05/08
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Mohd Nordin Jaafar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit gantang kali ke-41 merakamkan sekalung penghargaan kepada semua petugas pilihan raya di semua peringkat atas kerja keras yang telah dicurahkan dalam pilihan raya yang lalu. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma-penderma yang membantu PAS untuk mengalahkan Barisan Nasional. Beliau juga turut berasa amat terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS yang bertungkus-lumus menaburkan keringat untuk membantu kemenangan yang diperoleh oleh Pakatan Rakyat bagi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN iaitu Changkat Jering dan Kuala Sapetang.
Namun, beliau mengingatkan semua perwakilan supaya sentiasa menginsafi bahawa kemenangan yang dikecapi adalah anugerah Allah SWT yang berupa suatu peransang untuk meningkatkan keyakinan dan kesungguhan untuk bekerja dalam kalangan para petugas di samping memberikan suatu amanah untuk dipertanggungjawabkan kepada semua pendukung PAS Kawasan Bukit Gantang. Perubahan kecenderungan pengundi dalam pilihan raya ke-12 merupakan suatu lakaran baru dalam politik tanahair. Beliau meminta agar setiap ahli PAS sentiasa memelihara hubungan baik dengan kaum India/cina di samping sentiasa berusaha untuk mendampingi mereka.
Ustaz Nordin juga menyeru kepada semua ahli untuk bekerja lebih gigih dan kuat lagi untuk memikat hati pengundi. Kemenangan yang diperoleh berupa anugerah Allah. PAS perlu mengorak langkah mendahului dalam menyusun gerak kerja untuk mendahului dalam usaha menangani permasalahan rakyat. Segala gerak kerja perlu dirancang dengan baik dan teratur di samping sentiasa bekerja sama dan bergabung tenaga untuk memenuhi segala janji yang telah ditaburkan kepada rakyat. Beliau mengingatkan ahli bahawa untuk “mendapatkan kemenangan” lebih mudah berbanding dengan “untuk mengekalkan kemenangan”.
Isu tentang ketuanan Melayu yang ketika ini menjadi isu hangat juga diulas oleh yang Dipertua PAS Kawasan. Beliau mempertikaikan tentang keikhlasan UMNO untuk membela kaum Melayu kerana banyak bukti menunjukkan bahawa UMNO lah yang mengadai ketuanan Melayu demi kepentingan diri masing-masing. Malah UMNO sendiri yang menunjuk jalan kepada orang lain untuk berani berlaku biadap kepada Istana sebagai mana yang berlaku di Terengganu. Beliau menyarankan supaya setiap ahli PAS sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kaedah yang akan digunakan oleh UMNO untuk melemah dan memusnahkan PAS. Ahli PAS perlu berpengetahuan luas untuk menangkis segala tohmahan tersebut di samping mengatur strategi untuk melakukan serangan balas.
Di akhir ucapan, beliau meminta semua hadirin supaya sentiasa berpegang kepada tujuan dan matlamat perjuangan dalam PAS yang juga merupakan badan dakwah dan bukan parti politik semata-mata. Ahli PAS perlu menunjukkan teladan yang baik untuk menawan hati orang luar agar lebih dekat dengan PAS.
:baspas

Tapak Kuil Muniswara


YB Roslan dikalungkan Bunga Malai

Bersama Ajk Kuil

Kuil Muniswara Kg Sg lidin.
10/05/5.15p.m
Ajk Kuil Muniswara telah menjemput YB Roslan & YB Osman,dalam satu mesyuarat ajk kuil untuk membincangkan masaalah yg dihadapi oleh mereka berkenaan Tanah tapak Kuil itu.
Jam 5.15 YB Roslan bersama rombongan beliau ajk seketeriat Parlimen,ditemani oleh sdr Rani mewakili YB Osman,telah diberi penerangan oleh Penasihat kuil Muniswara DR Poobalan ,bahawa tapak kuil tersebut terlibat sama dalam pengambilan untuk pembinaan Landasan Berkembar.
Dr Poobalan juga mengatakkan bahawa permohan telah pun dimajukkan pada pihak yg bertanggjawab +-2 tahun yg lepas,tapi hingga kini masih tiada sebarang keputusan dari Pihak tersebut.Beliau juga memohon jasa baik YB,YB supaya perkara ini dapat di selesaikkan secepat mungkin,dimana pihak kuil telah memohon sebuah tapak kosong bersebelah tapak kuil yg tidak terlibat dgn Projek Landasan.
Dlm ucapan YB Roslan beliau akan panjangkan surat sokong pada pihak yg bertangungjawab memandangkan kuil tersebut telah berusia +30 tahun dan penduduk sekitar bukan saja jadikan kuil tersebut sebagai tempat beribadat tapi juga menjalankan aktivit2 sosial.
Beliau juga berjanji akan berkhidmat kpd semua rakyaat tanpa mengira kaum atau pun parti.
Beliau turut menyentuh ,untuk menjadi seorg rakyaat yg baik sudah semestinya beragama,dan juga beliau turut mengingatkan bahawa ISLAM tidak pernah atau menyuruh mana-mana org Islam menzalimi atau menyakiti mana -mana kaum atau pun agama.
Sebagai seorg Muslim yg baik sepatutnya berbaik-baik dgn semua tanpa mengira kaum atau pun agama.Jangan sesekali menjadi orang -orang yg tak beragama.
:baspas