Saturday, May 3, 2008

MATI DI TEMBAK

03/05/08 simpang +-4.00 pagi
seorang penduduk taman Simpang Beauty,belakang pejabat pos simpang,mati ditembak pagi tadi.
mangsa dikenali sebagai KALIDAS A/L VADEVELLOO berumur 42 tahun,yang tinggal DITaman Beauty mati ditembak didada .Insiden berlaku sekitar jam 4.30 pagi tadi.
Punca kejadian tidak pasti.

baspas;

Wednesday, April 30, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Keahlian Kelab Penyokong

Majlis penyampaian sijil keahlian kelab penyokong Pas kawasan Bukit Gantang akan di adakan pada 9-5-2008 Hari Jumaat Jam 8.00 malam. Cadangan awal tempat perhimpunan adalah di Markaz tarbiyyah Negeri Perak Air Kuning. Majlis ini akan dihadiri oleh YDP Pas Kawasan Ust. Nordin Jaafar dan AJK-AJK Pas kawasan.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional En. Mohd Idris Hj. Zakaria memberitahu, pada malam tersebut juga akan diumumkan secara rasmi Pengerusi dan semua AJK kelab yang dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja Kelab. Watikah perlantikan akan diserahkan oleh YDP Pas Kawasan kepada semua AJK terbabit, yang akan memegang jawatan sehingga penghujung bulan April 2009.

Selepas ini semua jawatan KPP akan ditentukan sendiri oleh ahli-ahli kelab dengan perlantikan melalui mesyuarat agung kelab, yang akan diadakan mengikut masa mesyuarat agung cawangan-cawangan Pas kawasan Bukit Gantang. Setakat ini keahlian KPP telah mencecah 240 orang dan masih ada lagi borang-borang yang masih belum dikembalikan. Mengikut jangkaan Pengerusi LPN, bahawa keahlian KPP Bukit Gantang akan mencapai sasaran 300 orang sebelum penghujung 2008.

Majlis Dialog bertukar jadi Majlis Aduan

24/04/08 jam 5 ptg:Kelab penyokong pas (Dun Trong) dengan kerjasama PAS cawangan Pdng Gajah(penaja) telah menganjurkan satu majlis dialog bersama YB Ahli Par Bukit Gantang Tn Hj Roslan Shaharum,akhirnya Majlis tersebut bertukar menjadi majlis pengaduan penduduk tempatan.Saudara Vijay ,dalam ucapan beliau telah melahirkan kekesalan bahawa selama 50 tahun BN memerintah tidak pernah mencuba untuk merapatkan hubungan Pemimpin dan penduduk setempat,dimana dikawasan itu masih terdapat ramai penduduk berpendapatan sekitar Rm250 sebulan dengan tanggung sebanyak 4 org dalam sesebuah keluarga......Sdr Vijay turut merakamkan jutaan terimakasih kepada YB dan Rombongan beliau yang prihatin.Akhirnya YB memberi jaminan insyallah akan cuba menyelesaikkan masaalah yg dihadapi penduduk tersebut,khasnya dari segi berpendapataan rendah,yang mana masaalah ini akan dipanjangkan kepada JKM,dengan bantuan petugas beliau.baspas: